Sunday, 3 July 2016

全民皆公民,不存在敌对异教徒(Kafir Harbi)或齐米异教徒(Kafir Dhimmi) / Semua Warganegara, Tiada Kafir Harbi Atau Kafir Dhimmi / All are citizens, no more "kafir harbi" or "kafir dhimmi"

公民社会组织联合声明
30/6/2016

全民皆公民,不存在敌对异教徒(Kafir Harbi)或齐米异教徒(Kafir Dhimmi)

我们以下联署的公民组织社会,对于把一些公民列为“敌对异教徒”(Kafir Harbi)的课题,采取以下的立场。

1. 把人类为“敌对异教徒”(对抗伊斯兰统治者的异教徒)及“齐米异教徒”(Kafir Dhimmi)(接受伊斯兰统治及保护的异教徒),是古时的做法。在古代的情境里,当不同宗教的国家打起战来,这些国与国之间的战争常常带上了宗教战争的色彩。事实上,许多战争虽然名义上是为宗教而战,然而最大的意图还是占领更多土地以获得更多的权力与财富。由于没有宗教自由的保障,穆斯林的宗教自由常常得依赖于伊斯兰统治者的强盛。将非穆斯林归成两类,即必须被杀戮的“敌对异教徒”及接受伊斯兰统治的“齐米异教徒”,是发生在一个根深蒂固的宗教敌对的特殊情境里。

2. 在目前多国拥有多元宗教的现代世界里,这种“敌对异教徒/齐米异教徒”的二分法,置放在现代国际及国家的情境里,不仅仅是不合时宜,而且高度危险。在国际的情境里,当两个国家打战,这些战争不能被视为宗教战争,因为现代国家更关心的是政治地缘利益,而不是共同的宗教。在国家的情境里,如果发生非穆斯林对穆斯林的罪案,非穆斯林的犯罪者是侵犯国家的法律,必须以法制裁,而穆斯林的犯罪者也必须一致对待。非穆斯林的犯罪者不是必须被穆斯林亲手杀戮的“敌对异教徒”。任何“亲手杀戮”的建议,无疑将毁掉国家,因为这些建议也将引起报复。

3. 伊斯兰大思想家尤索夫阿卡拉达威博士(Dr Yusuf al-Qaradawy)建议类似“齐米异教徒”的字眼应该被抛弃,而非穆斯林应该被称为“muwatinun” (公民),与穆斯林公民一样。事实上,这并不是新事物。根据埃及学者法蒂奥斯曼博士(Dr Fathi Osman),穆斯林及非穆斯林在先知穆罕默德统治的麦地那,享有同等的公民地位,因为麦地那是一个多元宗教的国家。根据法律学者阿古奈米莫哈末达拉(Al Ghunaimi Mohammad Talaat),非穆斯林人民被列为“齐米异教徒”的使用,在最后一个哈立法国,即奥斯曼尼耶王朝(Utthmaniah Empire)于1839年承认穆斯林及基督徒地位同等的原则后,已经被弃用。

4. 诞生于1963年,由马来亚、新加坡、沙巴及砂捞越以同等伙伴形成的马来西亚,是一个居民多元、公民性质的联邦。穆斯林与非穆斯林之间的关系,事实上是公民与公民的关系,同舟共济、生死与共的关系。他们的关系不是敌人。他们也不是一边是“保护者”,另一边是“受保护者”的关系。“敌对异教徒”或“齐米异教徒”字眼的使用,不只是伤害了非穆斯林公民的感受,同时也带来负面的意涵,让人以为马来西亚的形成是一项马来半岛(马来亚)扩张领地的计划。

5. 所有人民应该继续维护伊斯兰教在马来西亚联邦及除了砂劳越以外的所有州属的法定地位,同时不让任何一方滥用此法定地位以压制思想与言论自由,或边缘化任何人以至影响伊斯兰教的名誉。马来西亚联邦宪法第十条文保障人民的言论及表达意见的自由,不分种族或宗教;而宪法第八条文确立所有公民在法律面前是平等的。这与正统伊斯兰教尊重不同意见及宗教自由的精神是一致的。

6. 由于伊斯兰教的角色及影响在所有公民的生活里是如斯重要,不管是穆斯林或非穆斯林,一定会对伊斯兰教的地位及伊斯兰化的过程,包括推行伊斯兰刑事法,持有不同的意见。任何法律的修改,尤其是那些将会影响1963年马来西亚协议及联邦宪法所涵盖彰显的国家基本原则和精神, 所有人民不管是穆斯林或非穆斯林,都有权利给予意见。事实上,表达意见及辩论涉及公共利益的课题以达致最普遍的共识,不仅仅是人民代议士、政党、公民社会组织、学者及知识分子、媒体等的责任,任何公民也是责无旁贷的。

7. 打压对伊斯兰教及伊斯兰化持有不同意见的人,不论是把穆斯林指为异教徒,或把非穆斯林指为“敌对异教徒”,都将分裂穆斯林及马来西亚社会。事实是,“敌对异教徒”必须被杀戮的言论,将为暴力打开大门,引发社群/区域之间的冲突。这种无视于马来西亚国家的存在及威胁领土完整的不服责任的行为,必须被全民拒绝。

8. 所有的公职持有者必须热爱马来西亚及所有的人民。非穆斯林人民必须被接受为公民或“muwatinun”,他们是穆斯林公民在此共同土地的兄弟姐妹。任何意图以宗教分裂人民,甚至指责反对推行伊斯兰刑事法的人为“敌对异教徒”而必须被杀戮的人,不配掌有公职。他们应该被停止职务,以确保他们危险的思想不会蔓延,及被误认为国家的官方政策。

9. 所幸的是,马来西亚社会拥有敢于拒绝把穆斯林指为异教徒及把非穆斯林指为“敌对异教徒”的宗教师、学者、知识分子、政治人物、公民社会组织及政党。他们伸张正义及维护真理的道德勇气,为伊斯兰教的清誉及马来西亚的和睦,做出无比重要的贡献。


Kenyataan bersama masyarakat Madani
30 Jun 2016

Semua Warganegara, Tiada Kafir Harbi Atau Kafir Dhimmi

Kami, badan-badan masyarakat madani yang menurunkan nama di bawah, mengambil pendirian berikutnya berkenaan dengan penggolongan warganegara lain sebagai “kafir harbi”.

1. Penggolongan umat manusia kepada “kafir harbi” (orang bukan Muslim yang menentang pemerintah Muslim) dan “kafir dhimmi” (orang bukan Muslim yang menerima ketuanan dan perlindungan pemerintah Muslim) berlaku pada zaman silam. Dalam konteks silam ini, apabila negara yang berlainan agama berperang, perperangan antara-negara mengambil sifat perperangan antara-agama. Malah, terdapat perperangan-perperangan yang tercetus atas nama mempertahankan agama, sungguhpun motivasi paling kuat sering ialah menakluk wilayah demi kuasa dan harta benda. Kerana tiada jaminan kebebasan agama, kebebasan beragama orang Muslim zaman silam sering bergantung kepada kekuatan pemerintah Muslim. Membahagikan orang bukan Muslim kepada dua golongan, iaitu sama ada golongan “kafir harbi” yang harus dibunuh atau golongan “kafir dhimmi” yang mesti menurut pemerintah Muslim, adalah dalam konteks khas permusuhan antara agama yang mendalam.

2. Dalam dunia moden yang terdiri daripada negara-bangsa aneka-agama (multi-religious), pembahagiduaan (dichotomy) “kafir harbi-kafir dhimmi” tidak relevan malah merbahaya di kedua-dua konteks antarabangsa dan dalam negeri. Di peringkat antarabangsa, apabila perperangan tercetus antara negara, itu tidak boleh dilihat sebagai perperangan antara agama, kerana negara-negara moden diikat lebih oleh kesamaan kepentingan geo-politik dan ekonomi, daripada kesamaan agama. Di peringkat dalam negeri, jika berlaku jenayah oleh orang bukan Muslim ke atas orang Muslim, pelaku bukan Muslim adalah penjenayah yang mencerobohi undang-undang negara-bangsa dan mesti dihukum mengikut proses undang-undang, sama seperti jika penjenayah itu seorang Muslim. Penjenayah bukan Muslim bukanlah “kafir harbi” yang harus dibunuh oleh orang Muslim dengan tangan sendiri. Sebarang saranan untuk melaksanakan hukuman bunuh dengan tangan sendiri (lynching) hanya membinasakan negara kerana ia mengundang pembalasan. Jika saranan ini dibuat dan disambut atas nama agama, maka negara akhirnya akan terbakar dalam api rusuhan antara umat.

3. Pemikir besar Islam seperti Dr Yusuf al-Qaradawy menyarankan supaya istilah seperti "dhimmi" dipadamkan dan rakyat bukan Muslim dikenali sebagai “muwatinun” (warganegara) sama seperti rakyat Muslim. Ini sebenarnya bukan perkara baru.  Menurut sarjana Mesir Dr Fathi Osman, orang Muslim dan orang bukan Muslim sememangnya mempunyai status kewarganegaraan yang samarata di Madinah di bawah kepimpinan Rasulallah Muhamad s.a.w. kerana Madinah juga sebuah masyarakat aneka-agama. Sebenarnya, menurut sarjana undang-undang Al Ghunaimi Mohammad Talaat, kedudukan "dhimmi" untuk warga bukan Muslim tidak wujud lagi setelah Empayar Utthmaniah yakni Kekhalifahan yang terakhir mengistyharkan prinsip kesamarataan antara  Muslim dan Kristian pada 1839.

4. Dilahirkan pada 1963 dengan penggabungan Malaya, Singapore (keluar 1965), Sabah dan Sarawak atas status samarata, Malaysia adalah sebuah persekutuan yang bersifat sivil yang didiami masyarakat majmuk. Hubungan di antara orang Muslim dan orang bukan Muslim adalah hubungan antara warganegara atau “muwatinun” yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Mereka bukanlah musuh sesama lain. Mereka juga bukan "si pelindung" di satu pihak dan "si dilindungi" di pihak yang lain. Penggunaan istilah seperti "kafir harbi" atau "kafir dhimmi" bukan sahaja menyakitkan perasaan rakyat bukan Muslim, tetapi juga boleh membawa konotasi negatif bahawa Malaysia adalah projek peluasan wilayah Tanah Melayu (Malaya).

5. Kedudukan mulia Islam sebagai agama rasmi di peringkat Persekutuan dan semua negeri kecuali Sarawak harus dipelihara dengan baik oleh semua pihak dan tidak boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak untuk menekan kebebasan berfikir dan bersuara  atau meminggirkan pihak lain sehingga nama baik Islam tercemar. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kebebasan rakyat untuk bersuara dan berpendapat tanpa kira bangsa atau agama manakala Perkara 8 menjamin kesamarataan semua rakyat di hadapan undang-undang negara. Ini selaras dengan semangat tulen Islam yang meraikan perbezaan pendapat dan menjunjung kebebasan beragama.

6. Kerana peranan dan pengaruh Islam begitu penting dalam kehidupan awam semua rakyat, sama ada yang Muslim atau bukan Muslim, sudah tentu terdapat perbezaan pendapat terhadap kedudukan Islam dan proses Islamisasi termasuk perlaksanaan hukuman Hudud dan Qisas. Sebarang pertukaran undang-undang, terutamanya perubahan yang akan mempengaruhi semangat dan prinsip-prinsip dasar negara yang tersurat dan tersirat dalam Persetujuan Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat di Malaya, Sabah dan Sarawak, tidak kira Muslim atau bukan Muslim, berhak untuk memberi pandangan mereka. Malah, menyuarakan pendapat dan memperdebatkan isu-isu yang melibatkan kepentingan awam supaya muafakat (consensus) terbaik boleh dicapai oleh masyarakat, bukan sahaja satu hak, tetapi juga satu tanggungjawab wakil-wakil rakyat, parti-parti politik, badan-badan masyarakat sivil, para sarjana dan cerdekiawan, media malah mana-mana rakyat prihatin.

7. Perbuatan menidakkan pihak lain yang tidak bersependapat tentang Islam atau Islamisasi, sama ada mengkafirkan orang Muslim, atau mengkafirharbikan orang bukan Muslim, hanya akan memecahkan umat Muslim dan masyarakat Malaysia. Kenyataan bahawa darah kafir harbi halal malah membuka pintu untuk keganasan dan persengketaan antara komuniti/wilayah. Maka, perbuatan takfir ini yang menidakkan kewujudan negara-bangsa Malaysia dan mengancam keutuhan wilayahnya mesti ditolak oleh semua rakyat.

8. Semua pemegang jawatan awam mesti mencintai Malaysia dan seluruh rakyatnya. Rakyat bukan Muslim mesti diterima sebagai warganegara atau "muwatinun" dan saudara setanahair (ukhwah wataniah) kepada rakyat Muslim. Sesiapa yang berniat memecahkan rakyat mengikut agama, malah sanggup menuduh pihak lain yang menolak perlaksanaan hukuman Hudud sebagai "kafir harbi" untuk dihalalkan pembunuhan mereka, tidak layak untuk memegang jawatan awam. Mereka mesti diberhentikan perkhidmatan supaya fahaman merbahaya mereka tidak merebak dan disalahanggap sebagai polisi rasmi negara.

9. Mujur masyarakat Malaysia diberkati dengan para agamawan, sarjana, cerdekiawan, ahli politik, badan masyarakat civil dan parti politik yang berani menolak praktis mengkafirkan orang Muslim dan mengkafirharbikan orang bukan muslim. Keberanian moral mereka untuk menegakkan kebenaran dan keadilan memberi sumbangan besar kepada kedua-dua nama baik Islam dan kesejahteraan Malaysia.


Civil Society Joint Statement
30 Jun 2016

All are citizens, no more "kafir harbi" or "kafir dhimmi"

We the undersigning civil society groups take the following positions in response to the categorisation of some citizens as "kafir harbi”.

1.       The categorisation of humans into “kafir harbi” (non-Muslims who fight against Muslim rulers) and “kafir dhimmi” (non-Muslims who accept the supremacy of and protection from Muslim rulers) happened in the ancient time. In such times, when countries waged wars against each other, wars between countries appeared as wars between religions. In fact, some wars were fought in the name of faith when the strongest motivation was often territorial conquest in the pursuit of power and wealth. Due to the lack of religious freedom, whether or not Muslims could profess Islam often depended on the strength of Muslim political power. The dichotomic division of non-Muslims into "kafir harbi" who must be killed or "kafir dhimmi" who are subservient to Muslim rulers, must be understood in the context of deep inter-religious enmity. 

2.   When the modern world consists of multi-religious nation-states, the dichotomy of hostile "kafir harbi" and the subservient "kafir dhimmi" is not only irrelevant but also dangerous, both internationally and domestically. Internationally, "wars between nations" cannot be seen as "wars between religions" as modern nation-states are more aligned by convergence in geopolitical and economic interests than by commonality in religion. Domestically, when a crime is committed by a non-Muslim against a Muslim, the non-Muslim offender is a criminal who breaks the laws of the nation-state and must be tried in due process, just as if s/he is a Muslim. The non-Muslim criminal is not a "kafir harbi" whom Muslims should take laws into their own hand to execute. Any call for lynching will only destroy a nation because it invites retaliations between citizens. And if such call is made and received in the name of religion, then the nation will eventually burn in the fire of communal riots. 

3.       Great Muslim thinkers like Dr Yusuf al-Qaradawy have called for terms like "dhimmi" to be abandoned and for non-Muslim members of a nation to be recognise as “muwatinun” (citizens) just like their Muslim counterparts. This is in fact nothing new. According to Egyptian scholar Dr Fathi Osman, Muslims and non-Muslims indeed enjoyed equal citizenship in Madinah under the leadership of Prophet Muhamad s.a.w. because Madinah itself was also a multi-religious society. In fact, according legal scholar Al Ghunaimi Mohammad Talaat, the "dhimmi" status for the non-Muslims disappeared with the Ottoman Empire - the last Caliphate -- proclaimed in 1839 the principle of equality between Muslims and Christians.

4.       Born in 1963 with the merger of Malaya, Singapore (left in 1965), Sabah dan Sarawak as equal partners, Malaysia is a civil federation hosting a plural society. The relationship between Muslims and non-Muslims are one of fellow citizens (muwatinun) with equal rights and equal responsibilities. They are neither enemies to each other nor "the protector" on one side and "the protected" on the other side. The use of terms like "kafir harbi" or "kafir dhimmi" is not only hurtful to non-Muslim Malaysians, but also carries the negative connotation that Malaysia is but a project of Tanah Melayu (Malaya)'s territorial expansion. 

5.       The revered position of Islam as the official religion for the Federation and all states but Sarawak should be well preserved by all parties and must not be abused by any party to suppress freedom of thought and expression or to marginalise other parties so much so that the good name of Islam is tainted. Article 10 of the Federal Constitution of Malaysia guarantees the freedom of expression for citizens regardless of ethnicity and faith while Article 8 guarantees equality of all citizens before law. This is in line with the true spirit of Islam in celebrating differences in opinion and upholding religious freedom.

6.       Given the important roles and influences of Islam in the public life affecting all citizens, Muslims and non-Muslims alike, the diversity of opinion on the status of Islam and the process of Islamisation including the implementation of the Hudud and Qisas punishments is expected. On any changes to the laws, especially those which affect the spirit and basic principles of the nation expressed or implied in the Malaysia Agreement 1963 and the Federal Constitution, all citizens of Malaya, Sabah and Sarawak, Muslims and non-Muslims alike, are entitled the right to express their opinion. In fact, to voice views and to debate on issues involving public interests so that the best consensus may be attained is not a right, but a responsibility of elected representatives, political parties, civil society organisations, scholars and intellectuals, the media and any concerned citizens.

7.       Negating others who hold different views in Islam or Islamisation, whether it is calling Muslims "kafir" or calling non-Muslims "kafir harbi" will only divide the Muslim community and the larger Malaysian society. Statement that killing "kafir harbi" is acceptable will in fact open the door for violence and communal/regional conflicts. Thus, this practice of "takfir" (ex-communication and ostracisation) which denounces the existence of Malaysia as a nation-state and threatens its territorial integrity must be rejected by all Malaysians. 

8.       All holders of public office must love Malaysia and all Malaysians. Non-Muslim Malaysians must be accepted as citizens ("muwatinun") and compatriots (ukhwah wataniah) of Muslim Malaysians. Whoever intends to split the Malaysian people with religion and even to legitimise the killing of others who reject the implementation of the Hudud punishments by calling them "kafir harbi" is not fit to hold public offices. Their service should be terminated so that their poisonous thoughts do not spread and get mistaken as the nation's official policies.

9.       Malaysia is blessed to have religious leaders, scholars, intellectuals, politicians, civil society groups, political parties that are courageous to reject the practice of calling Muslims "kafir" and calling non-Muslims "kafir harbi". Their moral courage to stand up for truth and justice greatly contributes to both the good name of Islam and the harmony of Malaysia.

联署的公民社会组织 / Senarai badan-badan masyarakat madani / This statement is endorsed by the following civil society organisations:

1. Akademi Belia
2. Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN)
3. BERSIH 2.0
4. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
5. Council of Churches Malaysia (CCM)
6. ENGAGE
7. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
8. Green Friends Sabah
9. Institute for Development of Alternative Living (IDEAL)
10. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
11. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
12. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
13. Komuniti Muslim Universal (KMU)
14. Lingkaran Islam Tradisional.
15. LLG Cultural Development Centre(LLG)
16. Majlis Perundingan Malaysian Agama Buddha, Kritisian, Hindu, Sikh dan Tao(MCCBCHST)
17. Malaysian Indians Progressive Associations (MIPAS)
18. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
19. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
20. National Human Rights Society (HAKAM)
21. National Indian Rights Action Team (NIAT)
22. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)
23. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
24. Partners in Community Organising, Sabah (PACOS Trust)
25. Perak Women for Women Society (PWW)
26. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
27. Persatuan Masyarakat Sel dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
28. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
29. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30. Pusat Komas (KOMAS)
31. Research for Social Advancement Relevant Facts, Sparkling Analysis. (REFSA)
32. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
33. SAVE Rivers
34. Sekolah Pemikiran Asy-Syatibi
35. Save Open Space, KK (SOS)
36. Sahabat Rakyat 人民之友
37. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
38. Sisters In Islam (SIS)
39. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
40. Tamil Foundation (TF)
41. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
42. The Federation & Alumni Associations Taiwan University, Malaysia (FAATUM)
43. Tindak Malaysia
44. United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)

0 comments:

通告 Notification

人民之友 对我国下届大选意见书
(华 巫 英)3种语文已先后贴出

作为坚守“独立自主”和“与民同在”的立场的一个民间组织,人民之友在今年9月24日对即将来临的第14届全国大选投票,发表了一篇以华文书写的“意见书”,题为:投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!

这篇意见书的英文译稿(标题是:Vote for “candidates who are against State Islamisation”: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent “the return to power of Mahathir’s faction”!)已于10月22日张贴在本部落格。马来文译稿(标题是:Undilah "calon yang membantah pengislaman negara": Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Mencegah puak Mahathir kembali kepada kuasa!)也已接着在11月13日在此贴出。

此外,人民之友也将通过电子邮件、微信、WhatsApp等方式,尽可能向全国各民族、各阶层、各行业、各宗教的团体和个人,传送我们的这份“意见书”供参考。我们欢迎跟我们对下届大选的立场和见解一致的团体和个人,将这份“意见书”传送到更多的人手中去!

我们希望,我们在意见书内所表达的对下届大选的立场和观点,能够准确而又广泛地传播到我国各民族、各阶层的人民群众中接受考验,并接受各党派在这次全国大选斗争和今后实践的检验。


Pandangan Sahabat Rakyat terhadap PRU akan datang telah diterbitkan dalam tiga bahasa (Melayu, Cina dan Inggeris)

Sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang berpendirian teguh tentang prinsip "bebas dan berautonomi" dan “sentiasa berdampingan dengan rakyat jelata”, Sahabat Rakyat telah menerbitkan kenyataan tentang pandangan kami terhadap Pilihan Raya Umum ke-14 yang bertajuk "Undilah calon yang menentang Pengislaman Negera: Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Jangan benarkan puak Mahathir kembali memerintah! " (投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!)dalam Bahasa Cina pada 24hb September 2017.

Penterjemahan Bahasa Inggeris kenyataan tersebut yang bertajuk Vote for “candidates who are against State Islamisation”: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent “the return to power of Mahathir’s faction”! telah diterbitkan dalam blog kita pada 22hb Oktober 2017 manakala penterjemahan Bahasa Melayu telah diterbitkan pada 13hb November 2017.

Selain daripada itu, Sahabat Rakyat juga akan menyebarkan kenyataan ini seluas mungkin kepada pertubuhan dan individu semua bangsa, strata, profesyen dan agama seluruh Negara melalui email, wechat, whatsApp dan pelbagai saluran lain. Kami amat mengalu-alukan pertubuhan dan individu yang berpendirian dan pandangan sama dengan kami untuk turut menyebarkan kenyataan ini kepada lebih ramai orang!

Kami berharap pendirian dan pandangan kami berkenaan pilihan raya kali ini yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut dapat disebarkan dengan tepat dan meluas untuk diuji dalam kalangan rakyat semua bangsa semua strata sosial melalui penglibatan mereka dalam amalan pelbagai parti politik dalam pertempuran pilihan raya umum kali ini mahupun amalan masa depan.


The Chinese, English and Malay renditions of Sahabat Rakyat’s opinions about next election have been published consecutively

As an NGO which upholds “independent and autonomous” position and "always be with the people" principle, on 24 September 2017, Sahabat Rakyat had released a Chinese-written statement of views with regard to the voting in the upcoming 14th General Election, entitled “Vote for candidates who are against State Islamisation: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent the return to power of Mahathir’s faction!” (投票支持"反对国家伊斯兰化的候选人": 反对巫统霸权统治!莫让马哈迪帮派"复辟"!)

The English rendition of this statement entitled "Vote for “candidates who are against State Islamisation”: Oppose UMNO hegemonic rule! Prevent “the return to power of Mahathir’s faction”!" and the Malay rendition entitled "Undilah "calon yang membantah pengislaman negara": Menentang pemerintahan hegemoni UMNO! Mencegah puak Mahathir kembali kepada kuasa!" had been released on 22 October and 13 November respectively.

Apart from that, Sahabat Rakyat will also make every effort to disseminate this statement as widely as possible to organizations and individuals of all ethnic groups, religions and all walks of life throughout the country via email, WeChat, WhatsApp and other channels. We welcome organizations and individuals with the same position and views to spread this statement to more people!

We hope that our position and views pertaining to the next General Election expressed in the statement will be accurately and widely disseminated and also examined by the popular masses of various ethnicity and social strata through their involvement in the struggle of the next General Election carried out by various political parties and their practices in all fields in future.

Malaysia Time (GMT+8)