Monday 5 May 2014

Ucapan Pembukaan Moderator Forum "Krisis perkataan Allah"

Ucapan Pembukaan Moderator
Forum "Krisis perkataan Allah"

Choo Shinn Chei


[Nota Editor] Berikut merupakan ucapan pembukaan Choo Shinn Chei, selaku salah seorang moderator forum bagi pihak jawatankuasa persiapan forum -

Selamat petang dan selamat datang ke forum "Krisis perkataan Allah • Hak berperlembagaan • Kebebasan beragama".

Saya Choo Shinn Chei, dilantik oleh salah satu penganjur bersama dalam jawatankuasa persiapan forum sebagai seorang moderator forum pada hari ini. Rakan yang duduk di sebelah saya adalah moderator bersama forum, Saudara Sheikh Umar dari lagi satu penganjur bersama dalam jawatankuasa persiapan forum.

Penganjuran forum ini berasal dari jemputan Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Johor kepada Sahabat Rakyat Working Committee pada 14 Januari 2014 agar sama-sama mengadakan satu program perbincangan berkenaan isu perkataan "Allah". Kedua-dua pihak telah mengadakan mesyuarat bersama yang pertama kali pada 19 Januari. Akhirnya kita mencapai persetujuan terhadap isi kandungan dan aturcara forum. Tarikh forum dirancang pada masa itu adalah 22 Febuari. Oleh kerana faktor dalaman dan luaran yang di luar jangkaan, tarikh forum telah ditunda sebanyak dua kali, sebelum ditetapkan pada 4 Mei.

Para hadirin sekalian, anda dapat memahami keterangan lanjutan mengenai asal usul forum, mukadimah forum dan sebagainya dalam kenyataan media forum pertama dan kedua yang dikeluarkan oleh Sahabat Rakyat Working Committee dan juga kenyataan media ketiga yang dikeluarkan bersama-sama LPN PAS Johor. Semua kenyataan tersebut dapat dijumpai dalam booklet forum yang diedarkan kepada anda.

Pada peringkat awal, kami mengundang 1. Pengerusi Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) atau wakil beliau, 2. Wakil daripada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) dan 3. Pengerusi PAS atau wakil beliau untuk berucap dalam forum ini. Kecuali pihak PAS, kami tidak dapat menjemput wakil dari kedua-dua pertubuhan penting yang sebagainya. Oleh itu, kami menjemput tiga orang lagi panelis untuk berucap bersama dengan wakil PAS dalam forum ini.

1.  Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi – Beliau merupakan profesor undang-undang di Universiti Teknologi Mara. Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa universiti tempatan. Dalam satu forum yang diadakan dua bulan lepas, beliau mengemukakan pandangan bahawa larangan ke atas penganut bukan Islam daripada mengguna perkataan Allah adalah tindakan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan. Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi semasa menerima undangan kami menyatakan bahawa beliau tidak dapat hadir untuk berucap, tetapi beliau akan mengemukakan satu makalah untuk berkongsi pendapat dengan pertubuhan, parti politik dan individu demokratik. Kami akan menjemput Ang Pei Shan untuk membacakan isi penting makalah beliau dalam forum ini.
2.  P. Waytha Moorthy – Beliau adalah seorang peguam dan merupakan pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia. Semasa hidup dalam buangan di luar negeri, beliau telah mengutarakan satu laporan penting yang bertema "Institutional Racism and Religious freedom in Malaysia" pada tahun 2011. Dalam laporan tersebut, beliau menyatakan keadaan di Malaysia bahawa "State control of Religious freedom to disadvantage of non-Muslims, imposition of Muslim religious laws and compelling jurisdiction of Syaria Courts on non-Muslims." Mulai hari ini, bagaimanakah kaum India dan juga masyarakat minoriti bukan Muslim yang lain-lain harus memperjuangkan hak minoriti dan hak beragama yang sepatutnya dinikmati oleh mereka? Biar kami mendengar pandangan beliau mengenai persoalan ini.
3.  Dr. Jeffrey Kitingan – Beliau merupakan pengerusi Parti STAR di Sabah. Beliau juga merupakan penganut Kristian dan seorang pemimpin kaum Kadazan-Dusun. Ekoran daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Herald menggunakan perkataan “Allah”, beliau memberi pendapat bahawa “Ini bukan keputusan Mahkamah Rayuan, tetapi polisi UMNO-BN." Apabila “Krisis Perkataan Allah” yang bermula dari kedua-dua negeri di Malaysia Timur merebak ke Semenanjung Malaysia itu masih belum reda, terbangkit pula isu yang berciri lebih kurang sama baru-baru ini, iaitu “Isu Hukum Hudud”. Nampaknya prose Islamisasi politik di Malaysia sudah berkembang ibarat dari angin sepoi-sepoi bahasa hingga kepada angin puting beliung. Isu tersebut telah menimbulkan kewaspadaan komuniti bukan Islam di Semenanjung Malaysia dan parti-parti demokrasi ke atas krisis negara yang akan datang. Semua rakyat Semenanjung Malaysia, parti-parti dan persatuan-persatuan demokrasi pasti hendak memahami apakah tindakan rakyat di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak serta parti-parti dan persatuan-persatuan demokrasi di sana ke atas situasi yang serius ini. 
4.  Dr. Mujahid Yusof Rawa - Beliau merupakan wakil rasmi yang dilantik oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk berucap dalam forum ini. Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pusat. Beliau juga merupakan orang yang mencadangkan pembentukan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Oktober 2013 pernah menyatakan pendirian bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan oleh penganut bukan Islam. Pendirian yang terbuka sebegitu pasti mendapat sambutan dan pujian rakyat. Selepas 6 bulan, Persatuan Bible Malaysia (PBM) Selangor mengumumkan bahawa pusat negeri mereka akan dipindah dari Selangor ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ketika khalayak rakyat berhasrat mengetahui pendirian PAS, datang pula berita di mana PAS ingin memperkenalkan hukum hudud. Bukankah tindakan PAS mengusahakan hukum hudud ini merupakan satu keputusan politik yang tidak bijak? Adakah tujuan tindakan PAS tersebut menarik balik undi Melayu ke pangkuannya? Bukankah ini cara PAS hendak memperbandingkan UMNO yang mana siapa lebih Islamik? Kemungkinan wakil PAS boleh memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan tersebut. 

Demi meningkatkan keberkesanan dan meluaskan pengaruh forum kali ini, dan mengalakkan para panelis mengemukakan pandangan mereka secara menyeluruh, kami telah meminta para panelis untuk menghantar kertas pembentangan kepada kami sebelum forum, untuk diterjemah sejauh mana dalam kemampuan kami, dicetak dan diedarkan kepada para hadirin forum ini.

Para hadirin sekalian, booklet versi berwarna Oren yang diterima oleh para hadirin pada hari ini telah merangkumi makalah yang diterima oleh pihak penganjur sehingga pada hari Jumaat ini, iaitu makalah asal daripada Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi, P. Waytha Moorthy dan Dr. Jeffrey Kitingan. Kami juga akan memaparkan artikel-artikel ini di laman web Sahabat Rakyat untuk dilayari.

Pihak penganjur berasa cukup gembira dan berterima kasih kepada kehadiran panelis bersama kami dalam forum pada petang ini, iaitu P. Waytha Moorthy, Dr. Jeffrey Kitingan dan Dr. Mujahid Yusof Rawa.


(Dari kiri): Ang Pei Shan (Koordinator forum), Choo Shinn Chei (Salah seoarng moderator forum), Dr. Mujahid Yusof Rawa, En. Waytha Moorthy, Dr. Jeffrey Kitingan, Sheikh Umar (Salah seorang moderator forum).

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE