Sunday 4 May 2014

Kekaburan Perlembagaaan Persekutuan dan Keengganan Badan Kehakiman untuk Melindungi Kebebasan Beragama Minoriti

Kekaburan Perlembagaaan Persekutuan dan
Keengganan Badan Kehakiman untuk
Melindungi Kebebasan Beragama Minoriti

~ P. Waytha Moorthy ~
Penterjemah: Sahabat Rakyat Editorial

[Nota Editor] Makalah ini merupakan teks penuh ucapan Pengerusi HINDRAF, En. P. Waytha Moorthy yang turut merupakan seorang peguam, dalam Forum "Krisis perkataan Allah • Hak berperlembagaan • Kebebasan beragama" anjuran bersama Sahabat Rakyat Working Committee dan Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Johor pada 4hb Mei 2014 di Auditorium JOTIC, JB. Makalah ini adalah penterjemahan daripada versi asal dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat perbezaan, versi Bahasa Inggeris adalah dianggap muktamad.

Malaysia amat berbangga kerana menjadi wadah tumpuan pelbagai budaya, bangsa dan agama yang berbeza, wujud bersama di bawah suasana sekular.

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat kesedaran hak asasi manusia dan advokasi ke atas hak asasi manusia sepanjang satu dekad yang lalu telah memperkenalkan elemen tambahan ke dalam dinamik pluralisme di negara ini. Hak asasi manusia telah menjadi tajuk perbincangan biasa termasuk di kalangan mereka yang berada di barisan hadapan konservatif budaya, politik dan agama.

Di Malaysia, isu-isu berkenaan bangsa dan agama adalah penting dan saling berkaitan, yang telah lama wujud dan akhir-akhir ini terus menjadi perdebatan panas ekoran konflik antara apa yang dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan cara undang-undang negara diisytiharkan kepada masyarakat umum. Terdapat keberatan, sekurang-kurangnya ruangan awam, untuk membahaskan secara terbuka perkara-perkara ini dengan alasan melindungi sensitiviti pelbagai etnik.

Walau bagaimanapun, beberapa kes berkaitan hak kebebasan beragama berperlembagaan telah dibawa ke kanca mata awam dan menyebabkan kegemparan besar dalam negara kita. Antaranya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, isu murtad, penukaran agama, hak penjagaan dan penerimaan ajaran-ajaran agama bukan arus perdana. Kes-kes ini menimbulkan persoalan yang bersangkut-paut dengan sempadan kebebasan agama bagi umat Islam dan bukan Islam, terutamanya apabila wujudnya percanggahan dengan pertimbangan peraturan-peraturan agama, norma-norma masyarakat, serta idea mulia tanggungjawab sosial bersama dan kestabilan negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Melihat pada peringkat antarabangsa, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (1948) (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (1976) (ICCPR) mewakili dua dokumen penting yang bertujuan untuk melindungi kebebasan beragama. Menurut Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat:

"Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan ugama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti ugama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan."

Undang-undang sejagat hak asasi manusia sesuai diguna pakai ke atas semua orang tanpa mengira agama mereka, dan negara/kerajaan tidak boleh menafikan tanggungjawab kemanusiaannya semata-mata kerana perbezaan agama.

Rangka perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1957, iaitu selepas Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat diwujudkan. Oleh itu, hasrat yang dinyata oleh peruntukan-peruntukan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sepatutnya telah dipertimbangkan secara meluas oleh penggubal perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi untuk sebuah masyarakat majmuk.

Untuk mengkonsepsikan kebebasan beragama di Malaysia, adalah penting untuk kita memahami beberapa peruntukan dalam Perlembagaan. Pertama, walaupun sistem perundangan Malaysia dimodelkan berasaskan sistem Westminster (UK), ianya sering diandaikan bahawa wujudnya perlembagaan bertulis. Mengikut Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia terletak di puncak hierarki undang-undang, jadi mana-mana Akta yang digubal di Parlimen yang berlawanan dengan perlembagaan boleh dianggap melanggari Perlembagaan.

Mereka yang merangka Perlembagaan Persekutuan telah mencipta undang-undang dan sistem pentadbiran sekular untuk negara ini kerana memahami bentuk negara ini adalah negara sekular. Walau bagaimanapun mereka juga membuat peruntukan supaya Islam turut wujud bersama, dengan perjanjian antara raja-raja Melayu dan Tuan-tuan Inggeris, untuk menghadkannya sebagai undang-undang peribadi di kalangan Muslimat dalam negara ini tanpa mencabuli hak-hak orang bukan Islam.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk menentukan dan menjamin hak berperlembagaan untuk kebebasan beragama semua individu dalam masyarakat yang berbilang etnik dan agama yang kompleks seperti kita. Perkara 11 juga diperkukuhkan oleh peruntukan-peruntukan perlembagaan yang lain.

Pertama, untuk memerangi kegiatan subversif, Perkara 149 membenarkan enakmen undang-undang yang akan menjadi tidak konsisten dengan hak-hak asasi terpilih seperti kebebasan bersuara atau kebebasan peribadi. Walau bagaimanapun, ia tidak membenarkan mana-mana pencerobohan ke atas kebebasan beragama.

Kedua, walaupun dalam keadaan darurat diisytiharkan, apa-apa undang-undang darurat yang digubal selepas itu tidak boleh menyekat kebebasan agama.

Ketiga, Perkara 8 melarang diskriminasi terhadap pekerja sektor awam; dalam pemerolehan atau pemegangan harta; dan dalam apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion berdasarkan agama. Selain itu, adalah jelas bahawa kebebasan agama adalah sama sekali tidak terjejas oleh Perkara 3 Perlembangaan iaitu penetapan Islam sebagai agama Persekutuan.

Tambahan lagi, Perkara 3(4) menyatakan bahawa apa-apa yang diperuntukan dibawah Perkara 3 tidak boleh menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan.

Walaupun asas kebebasan beragama begitu jelas diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, isu ini masih sangat mencabar terutamanya bagi orang bukan Islam di Malaysia.

Terdapat isu-isu utama yang menonjol dan membawa kesan mendalam kepada orang bukan Islam di dalam negara kita akhir-akhir ini sejak pindaan ke atas Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan sejak tahun 1988.

Kemasukan fasal baru (1A) ke dalam Perkara 121 yang menyatakan: "Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang diletak dalam bidang kuasa mahkamah Syariah."

Dengan fasal di atas, mahkamah sivil mula tidak lagi membekalkan bantuan atau langkah pembetulan kepada masyarakat bukan Islam dalam hal-hal perkahwinan, hak penjagaan anak, penjaga, nafkah (kepada bekas isteri/suami), pengebumian, harta pusaka, pewarisan, dan isu-isu yang dikatakan sebagai murtad (purported apostasy) dan lain-lain.

Dalam kehidupan perkahwinan, perkahwinan orang bukan Islam akan diceraikan semata-mata berdasarkan fakta bahawa pasangannya telah menganut Agama Islam. Di sini seseorang itu dilucutkan daripada hak sebagai ibu bapa dan hak pemeriharaan, serta hak mendapat nafkah dari pihak yang bertukar agama kerana Mahkamah Syariah telah mengisytiharkan sedemikian. Pihak bukan Islam itu juga tidak boleh mendapatkan apa-apa bantuan daripada mahkamah tersebut.

Satu-satunya penyelesaian adalah untuk mendapatkan bantuan melalui mahkamah sivil. Jalan ini turut tertutup tanpa apa-apa langkah pembetulan kerana hakim-hakim cenderung bertindak melepaskan tangan dan mengelak dengan hanya berasaskan sebab-sebab teknikal.

Dalam hak penjagaan kanak-kanak, walaupun definisi asas untuk menentukan hak penjagaan dan agama kanak-kanak itu ditadbir di bawah kuasa Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan & Seksyen 5 Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 dimana persetujuan kedua-dua ibu bapa diperlukan, ini telah benar-benar dirampas disebabkan keengganan mahkamah sivil untuk mengambil pendirian tegas mengenai hak-hak sivil pihak bukan Islam yang terkilan itu.

Hujah bahawa ‘parent’ bermakna salah seorang ibu atau bapa adalah tidak benar sama sekali kerana Akta Tafsiran 1948 dan 1967 jelas menunjukkan sebaliknya dan tambahan perkataan ‘parent’ dalam Artikel 12(4) sudah pasti membawa maksud kedua-dua bapa dan ibu. Untuk mentafsirkan sebaliknya bermakna menafikan, sebagai contoh, hak seorang ibu untuk memilih agama bagi anaknya yang diperuntukan di bawah Artikel 12(4), jika hanya bapa seorang sahaja memutuskan agama yang hendaklah diikuti oleh anak maka ia biasanya membawa makna menafikan hak perlembagaan pihak satu lagi yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan lagi Akta Tafsiran 1948 dan 1967 yang secara amnya terpakai bagi semua Akta yang digubal di Parlimen, menyatakan bahawa kata-kata dalam bentuk tunggal hendaklah termasuk maksud jamak, maka Perlembagaan sepatutnya harus ditafsirkan mengikut cara yang sama.

Bagaimana dan dari mana Mahkamah Syariah memperoleh kuasa sebesar ini yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan untuk membuat keputusan dalam hal penceraian atau jagaan anak di mana hak-hak semulajadi pihak bukan Islam itu dinafikan apabila mahkamah sivil tidak mampu atau tidak mahu memberikan apa-apa penyelesaian kepada pihak bukan Islam walaupun perkahwinan itu berkuatkuasa melalui Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Hanya Mahkamah Tinggi (Sivil) mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk menceraikan perkahwinan yang diakadnikahkan di bawah Akta 1976 dan selanjutnya segala tanggungjawab bagi pihak yang memeluk Islam itu tidak hilang walau dengan apa jua cara sebagaimana yang diperuntukkan dalam peruntukan Seksyen 51(2) Akta 1976.

Dalam menggubal seksyen 51 Akta 1976, mesti dalam fikiran penggubal undang-undang untuk memberi perlindungan kepada pihak bukan Islam dan anak dalam perkahwinan itu terhadap seorang yang menganut kepada agama Islam kerana jika Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidang kuasa, ia pasti akan menyebabkan ketidakadilan yang serius kepada pihak bukan Islam dan kanak-kanak dimana jalan penyelesaian mereka hanya berada dalam mahkamah sivil kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.

Dengan tidak melaksanakan undang-undang yang waras dan jelas itu, hakim-hakim mahkamah sivil terus mengabaikan tugas mereka untuk menegakkan hak-hak perlembagaan bagi orang bukan Islam untuk kesaksamaan dan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam perlembagaan kita.

Masyarakat bukan Islam yang terkilan terutama dalam perbalahan undang-undang dengan pasangan mereka yang bertukar kepada Muslim mendedahkan mereka kepada lompang (lacuna) undang-undang mengenai kesesuai bidang kuasa di mana undang-undang Syariah yang nampaknya mempunyai kelebihan untuk dengan mudahnya menyekat hak perlembagaan yang diperuntukan kerana mahkamah sivil yang tidak efektif.

Mahkamah sivil , kerajaan dan ahli parlimen gagal untuk mengenali bahawa mana-mana kuasa undangan dalam negara ini seperti yang diperoleh Mahkamah Syariah adalah tertakluk kepada hak-hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan. Mahkamah sivil yang terus meminggirkan diri dalam bidang hak berperlembagaan yang sebagaimana penting seperti hak kebebasan beragama menjadikan isu ini semakin tidak menentu. Ia juga mengecewakan bagi rakyat yang mengharapkan mahkamah tertinggi di negara untuk menegakkan hak-hak mereka hanya dapat menyaksikan hakim-hakim menjauhkan diri daripada tanggungjawab mereka.

Antara pelbagai badan politik pula, bukan sahaja kurang kesepakatan tentang erti doktrin ini, tetapi juga kurang persetujuan sama ada ia dapat dipertahankan memandangkan pencabulan ke atas masyarakat bukan Islam terus-menerus berlaku tanpa satu penyelesaian.

Adalah patut ditekankan bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk melindungi dan mencegah pencerobohan ke atas kebebasan beragama untuk semua rakyat bukan sahaja Muslim. Masalah di Malaysia, bagaimanapun, jelas adalah pendekatan sewenang-wenangnya yang keterlaluan oleh mahkamah Syariah dan keengganan mahkamah sivil untuk mengambil pendirian tegas untuk melindungi hak-hak asasi rakyat bukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 45% penduduk yang menganut agama lain selain Islam. Persoalan yang penting kita perlu menghadapi ialah persempadanan di antara mengekalkan kestabilan sosial dan melindungi hak-hak individu untuk mengamalkan agama dan kebebasan beragama. Ini perlu dinilai semula di mana mempolitikkan hak Muslim ke atas rakyat bukan Islam dan menyebarkan kerisauan akan mempunyai kesan yang besar ke atas menentukan parameter hak-hak asasi yang diberikan kepada warganegara oleh Perlembagaan.

Sekatan ke atas hak dan penyelesaian kepada orang lain atas sebab ketidakjaminan politik (political insecurity) dengan mencelahkan undang-undang peribadi seperti Undang-undang Syariah atas Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diterima sama sekali jika kita hendak menegakkan hak asasi manusia dan menghormati ajaran keagamaan.

Kepercayaan agama dan hak asasi manusia adalah ungkapan saling melengkapi tentang idea yang seumpama, walaupun agama memperihal tentang tugas bukan hak. Tugas adalah yang bersifat peribadi dan tidak harus diutamakan apabila ia mula memberi kesan kepada masyarakat lain dan kepercayaan mereka. Hak-hak untuk masyarakat seperti kita yang mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukannya suatu kedudukan mahkamah Syariah yang menekap di mana pendirian (assertion) mereka adalah berasaskan kepada konsep yang sangat konservatif dan melawan progresif terhadap orang bukan Islam yang terkilan dalam kes-kes seperti perkahwinan, hak jagaan, harta pusaka dan lain-lain.

Isu-isu keagamaan dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia mesti dibahaskan secara terbuka oleh semua bahagian masyarakat. Sensitiviti hanya boleh diselesaikan melalui perbincangan bertamadun dan dialog antara kaum di mana keputusan perlu dicapai dengan kesepakatan dan bertolak ansur.

Walaupun kebimbangan kestabilan sosial boleh difahami, tindakan yang diambil itu mestilah munasabah dan tidak menjejaskan hak asasi manusia dan maruah.

Jika bebar-benar terdapat kebimbangan tentang wabak penukaran agama dan murtad dalam agama tertentu, maka punca kepada masalah itu harus diperiksa, bukannya mengambil penyelesaian mudah yang menyekat hak orang lain untuk penyesuaian politik, seperti apa yang kita perhatikan, kesukaran orang bukan Islam yang berdepan dengan pencabulan kuasa oleh mahkamah Syariah tanpa bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan.

Resolusi muktamad terletak pada tumpuan kepada moral hak asasi manusia, yang berasaskan kepada tanggapan maruah munusia — bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata.

Terima kasih.


Berikut merupakan pautan ke versi asal dalam Bahasa Inggeris dan penterjermahan dalam Bahasa Cina:
1. The Ambiguity of Federal Constitution and Reluctance of Judiciary to Protect Religious Freedom of Minorities
2. 联邦宪法模棱两可条文存在 司法罔顾少数民族宗教自由

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE