Saturday 15 March 2014

Mukadimah Forum “Krisis perkataan Allah • Hak berperlembagaan • Kebebasan beragama”

Mukadimah Forum “Krisis perkataan Allah•
Hak berperlembagaan•Kebebasan beragama”

Kenyataan Sahabat Rakyat Working Committee  15hb Mac 2014


Isu hangat larangan penggunaan perkataan “Allah” oleh penganut Kristian yang berlaku di negeri Sabah dan Sarawak beberapa tahun yang lalu, timbul lagi di Semenanjung Malaysia sekarang, malah kian membara ke setiap pelosok negara. Kemelut ini bermula pada November 2007 apabila akhbar mingguan Katolik, “The Herald” menerima surat arahan daripada Kementerian Dalam Negeri supaya akhbar tersebut membatalkan pengeluaran versi Bahasa Melayu sebagai syarat untuk memperbaharui lesen cetakan mereka. Alasan Kementerian Dalam Negeri adalah bahawa kandungan berita bahasa Melayu akhbar tersebut telah menggunakan perkataan “Allah”. Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur telah membawa isu ini ke mahkamah tinggi, dan memohon kelulusan daripada pihak mahkamah untuk terus menggunakan perkataan “Allah” dalam akhbar tersebut. Ini bermakna, isu penggunaan perkataan “Allah” di Semenanjung Malaysia telah dibawa ke proses perbicaraan mahkamah.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa “The Herald” dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya. Dalam keputusannya, Hakim menegaskan bahawa tindakan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri melarang “The Herald” daripada menggunakan perkataan “Allah” adalah tidah sah, tidak munasabah, serta bertentangan dengan perlembagaan, dan tiada bukti yang menunjukkan penggunaan perkataan “Allah” oleh akhbar “The Herald” telah mengancam keselamatan negara. Oleh kerana tidak puas hati dengan keputusan mahkamah tinggi tersebut, Kerajaan BN telah memfailkan rayuan ke peringkat Mahkamah Rayuan. Pada Oktober 2013, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan keputusan mahkamah tinggi, dan memutuskan bahawa akhbar “The Herald” tidak berhak dan tidak boleh menggunakan perkataan “Allah”. Pihak Gereja Katolik Malaysia telah mengemukakan rayuan pada November 2013 ke peringkat Mahkamah Persekutuan. Pada bulan Disember tahun lepas, ketua editor akhbar “The Herald”, Paderi Lawrence Andrew juga mengatakan bahawa akan terus menggunakan perkataan “Allah” di gereja Selangor. Dalam pendengaran oleh Penal Hakim seramai tujuh orang pada 5 Mac 2014, Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan sama ada mahu membenarkan permohonan rayuan dalam kes "The Herald" mencabar larangan penggunaan perkataan "Allah" pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sebelum isu perkataan “Allah”memulakan perbicaraannya di peringkat tertinggi sistem kehakiman, dua insiden yang amat membimbangkan rakyat (terutamanya rakyat pelbagai bangsa bukan beragama Islam), dan juga menarik perhatian masyarakat antarabangsa (terutamanya umat Kristian) telah berlaku pada awal tahun ini :-

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan merampas 320 bible versi Bahasa Melayu dan 10 bible versi Bahasa Iban, dan turut menahan dua pegawai PBM ke balai polis untuk siasatan. Dua pegawai tersebut dibebaskan dengan ikat jamin. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa JAIS berkuasa untuk menyiasat sesiapa sahaja (termasuk orang Islam dan orang bukan Islam) yang berkaitan dengan kesalahan di bawah Enakmen 1988.

Beberapa cawangan UMNO Selangor dan NGO-NGO agama Islam di Negari Selangor merancang untuk mengadakan himpunan bantahan di hadapan semua gereja dalam Negeri Selangor, untuk membantah kenyataan Paderi Lawrence Andrew mengenai penggunaan perkataan “Allah”, malah, rancangan tersebut telah mendapat sokongan terbuka daripada Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Walaupun protes tersebut tidak berjaya diadakan pada akhirnya, ia tetap mengingatkan orang ramai terhadap himpunan bersifat perkauman Melayu di hadapan Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada tahun 2000, yang membantah tuntutan PRU masyarakat TiongHua Malaysia, di mana aksi-aksi ganas bersifat provokasi dalam himpunan tersebut masih lagi terbayang-bayang di dalam minda orang ramai.

Menurut maklumat daripada media massa, alasan utama yang dipegang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kumpulan rasis naungan UMNO dan Parti UMNO untuk bertindak seperti yang dinyatakan di atas, adalah sama dengan alasan titahan Sultan Selangor iaitu: 1) berdasarkan larangan penggunaan 35 perkataan dan ungkapan oleh orang bukan Islam dalam Enakmen 1988 Negeri Selangor; 2) Penyebaran agama lain terhadap muslim dan penterjemahan kitab suci bible kepada bahasa Melayu adalah dilarang sama sekali. Namun begitu, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) menuduh bahawa tindakan JAIS telah melanggar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Manakala Gempuru Besai Raban Kristian Jaku Iban Malaysia, sebuah pertubuhan Agama Kristian Iban pula mempertikaikan tindakan JAIS tersebut telah mencabuli hak dan kebebasan beragama masyarakat Iban. Selain itu, terdapat juga sebahagian pertubuhan, parti politik dan orang ramai beranggapan bahawa isu perkataan “Allah” ini dibangkitkan adalah merupakan satu cubaan kerajaan BN untuk mengalihkan perhatian dan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap isu-isu kehidupan yang lebih penting, seperti kenaikan harga barang yang semakin menghimpit rakyat.

Pihak yang berlainan kedudukan mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang bagaimana kemelut politik ini boleh diselesaikan. Sesetengah demokrat, parti politik dan pertubuhan demokratik berpendapat bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) harus menghormati “resolusi 10 perkara” yang telah dipersetujui di antara kerajaan pusat dengan masyarakat Kristian. Menurut mereka, JAIS tidak berkuasa untuk melakukan sebarang tindakan paksaan ke atas mana–mana penganut dan pertubuhan agama bukan Islam. Tiga orang ADUN DAP Selangor turut menyatakan akan mengusulkan pemindaan Enakmen Agama Bukan Islam Negeri Selangor 1988 untuk menyelesaikan masalah asas krisis ini. Di sebelah klik memerintah pula, pada 20hb Januari 2014, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Al-Haj Abdul Halim telah menitah bahawa Fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1988 telah menetapkan bahawa perkataan-perkataan termasuk ‘Allah’ dikhaskan untuk Muslim, penganut agama lain dilarang menggunakan perkataan-perkataan tersebut sama sekali. Para pemimpin parti-parti komponen klik memerintah BN telah membisu selama 3 minggu sejak krisis JAIS menyerbu PBM berlaku. Perdana Menteri merangkap Pengerusi UMNO, Mohd Najib Abdul Razak akhirnya mengumumkan pendiriannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 24hb Januari, di mana di negeri ada enakmen, penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam adalah dilarang; penyelesaian 10 perkara yang dipersetujui Kabinet tetap tertakluk kepada undang-undang negeri tersebut.

Beberapa persoalan dibawah kini menjadi agenda perbincangan parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan individu yang menyokong demokrasi, iaitu: Bagaimana berlaku dan berkembangnya krisis perkatan‘Allah’; Apakah hubungan antara “Perlembagaan Persekutuan”, hak-hak rakyat yang dijamin disisi undang-undang dan pelbagai isu yang terlibat dengan krisis perkataan ‘Allah’; Bagaimana memahami halangan ke atas agama dan penganut bukan Islam untuk menggunakan perkataan ‘Allah’bertentangan, malah merosakkan kebebasan beragama yang dijunjung oleh rakyat dan seluruh umat manusia; dan yang paling utama ialah persoalan bagaimana rakyat semua bangsa, semua agama yang diperintah dan ditindas bertindak dengan betul dalam menghadapi krisis kali ini.

Untuk meneliti persoalan-persoalan yang dinyatakan di atas, kami, Lajnah Perpaduan Nasional PAS Johor dan Sahabat Rakyat Working Committee, akan menganjurkan forum bertema “Krisis Perkataan Allah • Hak Perlembagaan • kebebasan beragama”.

• Tarikh : 13hb April 2014 (Ahad)
• Masa : 2.00ptg hingga 5.30ptg
• Tempat : Tingkat 5 Bangunan JOTIC (Bersebelahan Mahkamah JB)

Kami mengundang 1. Pengerusi Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) atau wakil beliau, 2. Wakil daripada Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) dan 3. Pengerusi PAS atau wakil beliau untuk berucap dalam forum ini. Panelis akan berkongsi pandangan mereka dengan rakyat, parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan seluruh negara dari perspektif masing-masing. Pihak penganjur akan menyediakan masa yang cukup untuk para panelis menjawab persoalan yang dikemukakan oleh hadirin forum. Kami mengundang panelis-panelis ini atas sebab-sebab di bawah:

• Selama ini Majlis Peguam Malaysia memainkan peranan yang sangat penting dan istimewa dalam menjunjungi prinsip-prinsip Perlembagaan dan keadilan undang-undang Negara, berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia serta mempertahankan hak-hak perlembagaan di negara kita, termasuk kebebasan beragama.

• MCCBCHST ditubuhkan bersama oleh pertubuhan peringkat nasional Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme. MCCBCHST merupakan satu pertubuhan perwakilan dan persatuan penyelarasan yang penting di kalangan masyarakat bukan Islam di negara kita.

• Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik yang mewakili orang Islam negera kita yang amat berbeza dengan klik hegemoni UMNO. PAS mempunyai sejarah yang lama dalam perjuangan kemerdekaan negara dan juga menggerakkan tamadun Islam. Beberapa tahun ini, PAS semakin mendapat perhatian dan sokongan yang meluas kerana semakin cenderung membuat kenyataan terbuka yang menyarankan merentas kaum dan agama.

Demi meningkatkan keberkesanan dan meluaskan pengaruh forum kali ini, dan mengalakkan para panelis mengemukakan pandangan mereka secara menyeluruh, Sahabat Rakyat telah meminta para panelis untuk menghantar kertas pembentangan kepada kami sebelum forum, untuk dicetak dan diedarkan kepada para hadirin forum ini.

Selain itu, kami juga akan menghantar makalah-makalah ini kepada media massa, pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan parti-parti politik dalam negara, disamping dimuat-naik ke laman sesawang penganjur pada hari forum dianjurkan.

Kami menjemput rakyat semua bangsa, semua agama dan semua lapisan yang prihatin terhadap gerakan demokrasi dan hak asasi negara kita untuk menghadiri Forum kali ini. Untuk maklumat lanjuitan, sila hubungi Yong Siew Lee, ahli secretariat Sahabat Rakyat Working Committee (016-7782707).


Pautan berkenaan:

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE