Friday 19 October 2012

Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak! Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Sempena PRU ke-13 [Kemaskini: Komik & Laporan]

Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Sempena PRU ke-13

Memecahkan Hegemoni UMNO,
Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik;

Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri,
Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!


Komik: Buangkan BN ke Tong Sampah Sejarah!Oleh: Ah Pei

Wakil-wakil Hindu Rights Action Force (HINDRAF MAKKAL SAKTHI) negeri Johor dan wakil-wakil Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) negeri Johor mengambil gambar bersama selepas mengadakan sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina Johor Selatan pada hari ini (19 Oktober 2012).
Duduk dari kiri (baris hadapan): Stephin Micheal, Y. Mohan, Yong Siew Lee, Chen Xin
Berdiri dari kiri: M. Suba, Kumaradevan a/l Muthusamy, Thirunavukkarasu, Segaran. S, Choo Shinn Chei, Goh Chee Horng


Pendahuluan

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 menyaksikan kumpulan berkuasa BN yang didominasi oleh UMNO (UMNO-BN) terus menguasai kerajaan pusat walaupun telah hilang kuasa di lima negeri, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak (dirampas balik oleh BN apabila terdapat ADUN PR yang membelot), Selangor dan Kelantan. Kumpulan berkuasa BN (pusat) yang diketuai oleh Najib menopengkan program transformasi politik, ekonomi dan sosial, terus melaksanakan pemerintahan institusionalisasi fahaman perkauman, yang menindas dan mengeksploitasi pekerja negara kita dengan kejam dan meminggirkan atau mengasimilasi secara paksa kaum minoriti, bahkan ada (seperti kaum India dan kaum minoriti di Sabah dan Sarawak) yang dihimpit sehingga menghampiri keadaan pupus.

Dalam 4 tahun yang lepas, majoriti rakyat masih menghadapi pelbagai keadaan kritikal, seperti pemerintahan kuku besi hegemoni, penyalahgunaan kuasa dan korupsi, harga barangan semakin meningkat, kehidupan semakin susah dan keterpinggiran budaya, pendidikan, agama kaum minoriti.

Hanya menjelang pilihanraya, kumpulan berkuasa akan sedekahkan sedikit gula-gula pilihanraya dalam bentuk peruntukan kepada aspek kebudayaan dan pendidikan atau aspek lain kaum minoriti, untuk memujuk hati rakyat tanpa mengubah dasar sedia ada, supaya pemimpin parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, SUPP, MIC dan PPP boleh merebut jasa daripada kaum masing-masing dan menipu undi kaum minoriti demi mengekalkan kedudukan politik mereka.

Setelah mengalami pengajaran yang pahit selama lebih daripada 50 tahun di bawah pemerintahan hegemoni yang didominasi oleh UMNO, rakyat tertindas semua kaum negara ini, terutamanya kaum India di semenanjung Malaysia dan kaum Iban (Dayak) di Sarawak dan Kadazan-Dusun di Sabah telah bangkit. Kaum Cina, selain daripada segelintir golongan berkuasa dan strata atasan yang berkepentingan diri, rata-rata telah timbul rasa sugu dan tak puas hati yang kuat terhadap pemerintahan hegemoni yang didominasi oleh UMNO.

Kini, majoriti kaum Cina telah mengenali muka sebenar pemimpin MCA yang hanya mementingkan nama dan kepentingan diri dan puak-puaknya sehingga mengkhianati pendidikan bahasa ibunda (Mandarin) setelah menyaksikan nasib buruk “Sekolah Menengah Persendirian Cina” (du zhong) dan “Sekolah Rendah Cina” yang dibina dengan titisan peluh nenek-moyang kini semakin dikakis.

Rakyat semua kaum mula menyedari: hanya dengan  menyingkirkan khayalan terhadap program transformasi yang diwar-warkan oleh UMNO; hanya dengan menyingkirkan khayalan bahawa pemimpin atasan parti-parti komponen BN akan membela hak dan kepentingan kaum masing-masing; hanya dengan rakyat semua kaum tanpa mengira kelas, aliran parti politik dan agama bersatu-padu untuk membuangkan UMNO dan BN (termasuk parti komponen utamanya) ke tong sampah sejarah, baharulah aspirasi untuk pengubahan demokratik negara kita dapat dilaksanakan.

Untuk menyambut pilihan raya umum kritikal kali ini, NGO-NGO (pertubuhan-pertubuhan rakyat) dari pelbagai bidang, berasaskan perbincangan demokratik dan keputusan bersama, telah mengemukakan “ Tuntutan (20 poin) PRU 13 Pertubuhan-Pertubuhan Rakyat”. Tuntutan-tuntutan ini merupakan aspirasi dan permintaan khusus rakyat semua kaum berdasarkan situasi Malaysia dari segi politik, ekonomi, masyarakat, dan budaya. Dengan kata lain, 20 tuntutan ini merupakan satu “agenda perubahan” untuk  membina sebuah negara yang saksama, adil, samarata dan demokratik. “Agenda perubahan” ini dikemukakan oleh NGO-NGO yang bersifat tidak kepartian (non-partisan) kepada parti politik dan individu demokratik, dengan harapan mendapat endosmen daripada parti-parti politik dan calon-calon bebas yang bertanding di kerusi parlimen dan DUN.

Sebagai NGO yang bekerja untuk demokrasi dan hak asasi manusia di negeri Johor, kami akan berusaha sedaya upaya untuk mempropagandakan “agenda perubahan” ini di negeri Johor.
Jika dilihat dari keluasan dan kedalaman isu yang dikemukakan, dan jangka masa yang diperlukan untuk mencapai tuntutan-tuntutan ini, kami berpendapat bahawa “20 Tuntutan” yang disebut di atas adalah lebih sesuai dijadikan sebagai ‘program kerja’ NGO-NGO dalam jangka masa 20-30 tahun yang akan datang, daripada dijadikan sebagai tuntutan pilihanraya umum kali ini.

Oleh itu, kami berpendapat bahawa ada keperluan menggabung semangat “20 Tuntutan” (ataupun agenda perubahan) ini dengan situasi khusus di negeri Johor, sebagai negeri barisan hadapan tenaga-tenaga demokratik untuk merempuh kubu kuat UMNO, untuk mengemukakan “tuntutan (piliharaya) yang mendesak oleh rakyat negeri Johor” yang dapat dilaksanakan (sebahagian atau secara dasarnya) dalam tempoh lebih kurang 5 tahun antara PRU kali ini dengan PRU berikutnya.

Kami, setelah berbincang dan mengkaji berulang-kali, mengumpul dan menyimpulkan tuntutan-tuntutan yang mendesak oleh rakyat semua kaum dan semua lapisan negeri Johor kepada 3 tuntutan seperti di bawah, dengan harapan mendapat sokongan dan endosemen daripada parti-parti politik demokratik dan calon-calon bebas, yang akan bertanding kerusi parlimen mahupun DUN di negeri Johor.

Kami juga akan menyeru semua pengundi negeri Johor supaya mengundi parti-parti politik demokratik dan calon-calon bebas yang menyokong tuntutan yang mendesak itu. Kami yakin bahawa rakyat semua kaum, setelah mengalami pengalaman yang sedih pedih selama 55 tahun di bawah pemerintahan hegemoni UMNO-BN, pasti akan menolak calon-calon UMNO dan parti-parti komponen BN (terutamanya MCA, MIC, Gerakan dan SUPP) dalam pilihan raya umum kali ini.

Tuntutan-tuntutan kami adalah konkrit. Maka, parti-parti politik demokratik dan calon-calon yang bertanding wajib menunaikan janji memelihara dan mempertahankan kepentingan rakyat, jika mereka menang dalam pilihan raya nanti. Kami akan berpakat dengan pertubuhan-pertubuhan rakyat negeri Johor yang lain untuk mengawasi parti-parti politik dan wakil-wakil rakyat yang dipilih, untuk memastikan mereka menunaikan janji mereka terhadap tuntutan-tuntutan ini.

Tuntutan Pertama: Hapuskan Penindasan Kaum, Tegakkan Kesamarataan Kaum

Kandungan utama tuntutan ini merangkumi:

Mansuhkan Perkara-perkara Ketidaksamarataan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan
Kenyataan membuktikan: Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan merupakan asas perundangan kepada institusinalisasi fahaman perkauman yang dilaksanakan oleh kumpulan berkuasa UMNO-BN. Ia mengujudkan dua kelas warganegara, iaitu “orang Melayu” dan “orang bukan Melayu”.

Akibatnya, hubungan antara kaum menjadi tidak samarata dan tidak harmoni sehingga menghalang dan menjejaskan pembinaan negara dan pembangunan masyarakat dengan teruk. Oleh itu, perkara-perkara ketidaksamarataan kaum Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan harus dimansuhkan demi menghasilkan perpaduan rakyat, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara.

Mansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan “Sistem Kuota Bumiputera”
Kenyataan membuktikan: Sejak dilaksanakan pada tahun 1970-an, DEB (dan dasar-dasar selepas itu diberi nama-nama lain), sekadar cara utama kumpulan berkuasa UMNO-BN dan kroni atau konco-konco mereka untuk mengaut sumber kekayaan negara bagi memperkayakan diri.

DEB menghasilkan segelintir kecil kapitalis besar dan borjuisi Melayu yang teramat kaya, sementara rata-rata rakyat kaum Melayu masih hidup sengsara. Sistem Kuota Bumiputera hanya merupakan alat yang digunakan oleh kumpulan berkuasa untuk membius rakyat jelata berkaum Melayu dan memecah-belahkan perpaduan antara kaum.

Oleh itu, DEB dan Sistem Kuota Bumiputera mesti dimansuhkan supaya penghijrahan cendekiawan negara kita ke luar negeri (brain drain) dapat dihentikan, dan sebaliknya cendekiawan luar negeri berbondong-bondong masuk ke negara kita, untuk kemajuan negara dan masyarakat.

Mansuhkan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan Dasar yang berkaitan
Kenyataan membuktikan: Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan dasar-dasar berkaitan berasaskan matlamat muktamad untuk mencapai "satu negara, satu bahasa, satu aliran" (pendidikan aliran Bahasa Melayu sahaja) yang berasal dari tahun 1950-an. Akta Ini telah mengakibatkan keadaan kelam kabut dan kegagalan pendidikan Negara.

Adalah berangan-angan dan bodoh bagi kumpulan berkuasa negara kita yang masih teringin menghapuskan sama sekali pendidikan aliran bahasa Cina dan aliran bahasa Tamil di atas tanah yang didiami oleh 6.96 juta rakyat berkaum Cina (24.6%) dan 2.07 juta rakyat berkaum India (7.3%) dalam era negeri China dan negeri India bangkit menjadi negara yang besar dan kuat.

Oleh itu, Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan dasar berkaitan mesti dimansuhkan. Kedudukan sah pendidikan bahasa ibunda setiap kaum (selain daripada pendidikan bahasa Melayu) harus diiktiraf - menerima pendidikan bahasa ibunda sebagai salah satu hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Di negeri Johor, harus ditambahkan bilangan SRJK (C) dan SRJK (T) dengan serta-merta.
Membina Sekolah Rendah Cina di kawasan-kawasan tumpuan penduduk Cina. Sekolah Rendah Tamil di Bukit Indah, Mount Austin, Kota Tinggi, dan kawasan tumpuan penduduk India lain-lain di Johor pun harus di bina dengan segera. UEC sekolah persendirian Cina dan ijazah Universiti Selatan harus diiktiraf. Membekalkan peruntukan yang adil kepada pendidikan aliran bahasa Cina dan bahasa Tamil dalam bajet negara, dan sebagainya.

Kepercayaan Agama dan Adat Resam Kaum Minoriti harus Dihormati dan Dilindungi
Kenyataan membuktikan: Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama, kerajaan UMNO-BN mengehadkan amalan hak asasi tersebut. Kebebasan beragama yang sepatutnya dinikmati oleh kaum minoriti menghadapi gangguan yang tidak munasabah. Tempat-tempat beribadat atau patung sembahan diroboh secara paksa atau dilarang dari pembinaan serta lain-lain keadaan yang membimbangkan sehingga menggeramkan.

Oleh itu, demi perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum, dan kestabilan dan pembangunan masyarakat dan negara, kepercayaan agama dan adat resam kaum minoriti harus dihormati dan dilindungi. Tanah perkuburan kaum India (penganut Hindu) di kawasan Masai telah penuh, masyarakat India amat memerlukan kerajaan negeri untuk memperuntukkan tanah yang berhampiran kawasan Masai sebagai tanah perkuburan masyarakat India, supaya penganut-penganut Hindu dapat tenang bersemadi selepas meninggal dunia, terutamanya mengelakkan keluarga miskin daripada terjerumus ke dalam kesengsaraan kerana terpaksa meminjam daripada lintah darat untuk menanggung kos yang amat tinggi bagi kremasi mayat ahli keluarga.

Tuntutan Kedua: Membantah Program “Pemutihan Pendatang Asing (6P)”, Memerangi Punca Korupsi Agensi Penguatkuasa

Kandungan utama tuntutan ini merangkumi:

“Membantah Program 6P” yang Memudaratkan Hak Sivil Rakyat Malaysia
Amalan memutihkan sejumlah besar pendatang asing yang tak sah di sisi undang-undang telah dilaksanakan di Sabah (Projek “M”) oleh kumpulan berkuasa UMNO-BN. Amalan itu kini diteruskan di Semenanjung Malaysia. Seramai lebih daripada 3 juta imigren telah diampun dan “diputihkan” di bawah “Program Pemutihan Imigren ‘6P’” dengan cara yang tak sah di sisi undang-undang di Semenanjung.

Ada tanda-tanda yang menunjukkan imigren-imigren yang melalui proses pemutihan ini bukan sahaja mempunyai permit kerja jangka panjang, malah telah mempunyai kad pengenalan warganegara (Jumlah 3 juta ini merupakan angka rasmi yang diumumkan; angka sebenar tidak dapat dikenalpasti).

Tidak syak lagi, ini merupakan susunatur politik kumpulan berkuasa UMNO-BN sebelum berlangsungnya pilihanraya akan datang untuk menambahkan undi mereka. Kami tegas membantah program ‘6P’ yang jelas memudaratkan hak sivil rakyat Malaysia. Kami menuntut penyiasatan menyeluruh terhadap kesahihan pengundi baru dalam senarai pengundi yang bermaklumat ragu.

Memerangi Punca Korupsi Agensi-agensi Penguatkuasa
Kemelut kekurangan tenaga kerja tetap membelenggu pengusaha industri kecil sederhana (IKS) dan pertanian tempatan walaupun pengambilan pekerja asing secara besar-besaran. Ini disebabkan oleh amalan merentir dan rasuah dikalangan penguatkuasa terutamanya Jabatan  Imigresen dan PDRM (Polis DiRaja), dan tindakan orang tengah dan agen-agen yang menyertai amalan mengaut keuntungan. 

Apabila membawa masuk pekerja asing bagi menggalakkan pembangunan ekonomi negara, kerajaan harus menerima pengawasan bersama oleh orang ramai, pertubuhan-pertubuhan rakyat dan parti-parti pembangkang. Kerajaan seharusnya memerangi amalan merentir dan rasuah pegawai penguatkuasa; mengharamkan kumpulan pengaut keuntungan yang memanipulasi pekerja asing, serta membenarkan majikan memohon terus kepada pihak berkuasa untuk mengambil pekerja asing.

Tuntutan Ketiga: Membantah ‘Pengambilan Tanah’ Mendalihkan Pembangunan di Pengerang; Memastikan Kepentingan Rakyat Johor Terjamin di dalam Projek PIPC

Kandungan utama tuntutan ini merangkumi:  

Menjamin Hak dan Kepentingan Rakyat Johor dalam Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC)
Rakyat Johor mesti menikmati 20% daripada jumlah hasil yang dibawa oleh projek PIPC, yang antaranya merangkumi ‘Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas Pengerang’ dan ‘Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia’ (RAPID), sebagai dana pembangunan ekonomi dan perubatan negeri Johor.

Kerajaan perlu memastikan pencemaran alam semulajadi terkawal pada tahap yang paling rendah semasa membangunkan industri petrokimia. Pendudukan Pengerang yang dijejas oleh projek ini perlu diberi ganti rugi yang munasabah dan mendapat penempatan semula yang sesuai. Masalah tanah perkuburan Cina dan Muslim perlu ditangani dengan sempurna.

Membantah Pengautan Keuntungan oleh Golongan Berkuasa melalui Proses Pengambilan dan Penjualan Tanah (Enclosure Operation) di Pengerang
Kerajaan perlu memastikan bahawa pengambilan tanah penduduk Pengerang adalah hanya untuk kepentingan awam dan membendung segala aktiviti mengaut keuntungan haram melalui operasi 'pengambilan tanah (dengan harga murah) dan penjualan semula tanah (dengan harga mahal)' (iaitu operasi 'enclosure') oleh kumpulan berkuasa (bigwig) atas nama pembanguan. Oleh itu, proses pengambilan tanah mesti terbuka dan telus, membanteras segala operasi tipu helah dan menerima pengawasan rakyat, pertubuhan-pertubuhan rakyat dan parti-parti pembangkang.

Kesimpulan: Bersatu untuk Membentuk Barisan Persatuan Demokratik Negeri Johor demi Menumbangkan Pemerintahan Hegemoni UMNO

Pada masa kini, menolak pemerintahan hegemoni UMNO merupakan keinginan terbesar rakyat jelata negara kita, ia juga adalah prasyarat untuk merealisasikan reformasi demokratik di negara kita. Oleh itu, kami menyeru semua parti politik, pertubuhan masyarakat dan individu yang sanggup menentang pemerintahan hegemoni UMNO bersama-sama menubuhkan barisan persatuan demokratik negeri Johor.

Barisan persatuan demokratik ini bukan sahaja terdiri daripada tiga parti politik dalam Pakatan Rakyat yang sedang menentang BN [iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP)], tetapi juga mesti menyatukan semua parti-parti politik lain yang menentang UMNO-BN, termasuk Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Hak Asasi Manusia (HRP), dan juga pertubuhan-pertubuhan rakyat (NGO) dan individu pelbagai kaum, lapisan masyarakat dan bidang.

Di samping itu, kami mengalu-alukan pemimpin-pemimpin kanan parti-parti komponen BN yang memutuskan untuk meninggalkan BN, dan juga pemimpin-pemimpin akar umbi dan ahli-ahli parti komponen BN, yang memutuskan untuk menolak sepenuhnya barisan pimpinan kanan MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain parti komponen BN, dan bersedia untuk menentang korupsi dan hegemoni perkauman UMNO-BN, bersama-sama menyertai barisan persatuan demokratik ini.


Kami dengan ikhlas menyeru kepada rakyat Johor agar bersatu-padu!
Tanpa mengira kaum, tanpa mengira kelas, tanpa mengira parti, tanpa mengira agama, sama-sama menamatkan pemerintahan hegemoni UMNO, dan sebaik-baiknya dapat membentuk kerajaan campuran demokratik di negeri Johor!


Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) negeri Johor dan Hindu Rights Action Force (HINDRAF MAKKAL SAKTHI) negeri Johor telah membuat pengumuman bersama pada 19 Oktober 2012.

Pihak-pihak yang ingin endos, sila hubungi:

Y.Mohan (019-7102895)

Ang Pei Shan (013-7708320)



Sila layari: hindraf.org dan sahabatrakyatmy.blogspot.comuntuk maklumat lanjut.



Laporan Terkini:
'3 Tuntutan Rakyat Johor' secara rasminya diserahkan kepada pemimpin Parti-parti Pakatan Rakyat

Barisan pimpinan ketiga-tiga Parti Pakatan Rakyat mengambil gambar dengan wakil Hindu Rights Action Force (HINDRAF) Negeri Johor dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) Negeri Johor apabila secara rasminya menerima "Seruan NGO-NGO Negeri Johor Kepada Rakyat Sempena PRU ke-13" di majlis makan malam 10,000 orang 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' anjuran DAP Johor pada 28 Oktober 2012 di Taman Sutera Utama, Johor Bahru.
Depan dari kiri: Steven Choong (Timbalan Setiausaha Agung PKR Pusat), Abdul Kadir Sheikh Fadzir (bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Menteri), Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Negeri Johor), Er Teck Hwa (ahli Parlimen DAP kawasan Bakri)
Belakang dari kiri: Liang Peck Kuan (wakil FOS Johor), pengawal keselamatan masjlis (nama tidak diketahui), Yong Siew Lee, Goh Chee Horng (wakil FOS Johor), Kumaradevan a/l Muthusamy (wakil HINDRAF Johor), Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS Pusat), Stephin Micheal (wakil HINDRAF Johor), Ang Pei Shan (wakil FOS Johor)
Pengerusi Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik DAP pusat Lim Kit Siang sedang berucap di atas pentas yang terletak di belakang meja tetamu khas. Selepas ucapan beliau tamat, Kumaradevan a/l Muthusamy dan Stephin Micheal (wakil HINDRAF Johor) bersama-sama dengan Ang Pei Shan dan Yong Siew Lee (wakil FOS Johor) telah menyerahkan "Seruan NGO-NGO Negeri Johor Kepada Rakyat Sempena PRU ke-13" kepada beliau dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Sebelum ini, kedua-dua pihak HINDRAF Johor dan JK Kerja Sahabat Suaram Johor telah menyerahkan "Seruan NGO-NGO Negeri Johor Kepada Rakyat Sempena PRU ke-13" ini kepada Steven Choong pada 19 Oktober dan kepada Boo Cheng Hau pada 20 Oktober.

0 comments:

通告 Notification

安华接受CCTV独家专访 

点击下图,观赏视频




工委会议决:将徐袖珉除名

人民之友工委会2020年9月27日常月会议针对徐袖珉(英文名: See Siew Min)半年多以来胡闹的问题,议决如下:

鉴于徐袖珉长期以来顽固推行她的“颜色革命”理念和“舔美仇华”思想,蓄意扰乱人民之友一贯以来的“反对霸权主义,反对种族主义”政治立场,阴谋分化甚至瓦解人民之友推动真正民主改革的思想阵地,人民之友工委会经过长时间的考察和验证,在2020年9月27日会议议决;为了明确人民之友创立以来的政治立场以及贯彻人民之友现阶段以及今后的政治主张,必须将徐袖珉从工委会名单上除名,并在人民之友部落格发出通告,以绝后患。

2020年9月27日发布



[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
舔美精神患者的状态

年轻一辈人民之友有感而作


注:这“漫画新解”是反映一名自诩“智慧高人一等”而且“精于民主理论”的老姐又再突发奇想地运用她所学会的一丁点“颜色革命”理论和伎俩来征服人民之友队伍里的学弟学妹们的心理状态——她在10多年前曾在队伍里因时时表现自己是超群精英,事事都要别人服从她的意愿而人人“惊而远之”,她因此而被挤出队伍近10年之久。

她在三年前被一名年长工委推介,重新加入人民之友队伍。可是,就在今年年初她又再故态复萌,尤其是在3月以来,不断利用部落格的贴文,任意扭曲而胡说八道。起初,还以“不同意见者”的姿态出现,以博取一些不明就里的队友对她的同情和支持,后来,她发现了她的欺骗伎俩无法得逞之后,索性撤下了假面具,对人民之友一贯的“反对霸权主义、反对种族主义”的政治立场,发出歇斯底里的叫嚣,而暴露她设想人民之友“改旗易帜”的真面目!

尤其是在新冠病毒疫情(COVID-19)课题上,她公然猖狂跟人民之友的政治立场对着干,指责人民之友服务于中国文宣或大中华,是 “中国海外统治部”、“中华小红卫兵”等等等等。她甚至通过强硬粗暴手段擅自把我们的WhatsApp群组名称“Sahabat Rakyat Malaysia”改为“吐槽美国样衰俱乐部”这样的无耻行动也做得出来。她的这种种露骨的表现足以说明了她是一名赤裸裸的“反中仇华”份子。

其实,在我们年轻队友看来,这名嘲讽我们“浪费了20年青春”[人民之友成立至今近20年(2001-9-9迄今)]并想要“拯救我们年轻工委”的这位“徐大姐”,她的思想依然停留在20年前的上个世纪。她初始或许是不自觉接受了“西方民主”和“颜色革命”思想的培养,而如今却是自觉地为维护美国的全球霸权统治而与反对美国霸权支配全球的中国人民和全世界各国(包括马来西亚)人民为敌。她是那么狂妄自大,却是多么幼稚可笑啊!

她所说的“你们浪费了20年青春”正好送回给她和她的跟班,让他们把她的这句话吞到自己的肚子里去!


[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"公知"及其跟班的精神面貌

注:这“漫画新解”是与<人民之友>4月24日转贴的美国政客叫嚣“围剿中国”煽动颠覆各国民间和组织 >(原标题为<当心!爱国队伍里混进了这些奸细……>)这篇文章有关联的。这篇文章作者沈逸所说的“已被欧美政治认同洗脑的‘精神欧美人’”正是马来西亚“公知”及其跟班的精神面貌的另一种写照!




[ 漫画新解 ]
新冠病毒疫情下的马来西亚
"舔美"狗狗的角色

编辑 / 来源:人民之友 / 网络图库

注:这“漫画新解”是与《察网》4月22日刊林爱玥专栏文章<公知与鲁迅之间 隔着整整一个中国 >这篇文章有关联的,这是由于这篇文章所述说的中国公知,很明显是跟这组漫画所描绘的马来西亚的“舔美”狗狗,有着孪生兄弟姐妹的亲密关系。

欲知其中详情,敬请点击、阅读上述文章内容,再理解、品味以下漫画的含义。这篇文章和漫画贴出后,引起激烈反响,有人竟然对号入座,暴跳如雷且发出恐吓,众多读者纷纷叫好且鼓励加油。编辑部特此接受一名网友建议:在显著的布告栏内贴出,方便网友搜索、浏览,以扩大宣传教育效果。谢谢关注!谢谢鼓励!












Malaysia Time (GMT+8)

面书分享 FB SHARE